ELshape

ELshape

ELshape dibina dengan suntikan elemen "Tropical Architecture", khusus untuk memberikan pengalaman penginapan yang lengkap dan menyeronokkan. Tanah berkeluasan 25,000 kaki persegi dengan ‘built-up area’ 6,300 kaki persegi serta dipagari tumbuhan menghijau pastinya lokasi yang amat sesuai dan eksklusif untuk berkumpul bersama keluarga "Family Gathering", perjumpaan dengan teman teman lama "Reunion" mahupun penganjuran majlis persendirian.

Di ELshape, anda dapat menghabiskan masa di ruang rehat yang istimewa sambil menonton atau membaca. Susun atur dan hiasan dalamannya direka khas untuk membangkitkan ‘mood’ percutian anda.

Pelbagai aktiviti menarik dapat dilakukan seperti berenang, ‘workout’ di mini gimnasium atau barbeku (BBQ) dengan menu kegemaran. Pasti menyeronokkan!