Rumah percutian eksklusif tersendiri dalam kawasan kampung. Tenang. Pilihan tepat untuk berkumpul dengan keluarga. Berjumpa dengan teman-teman lama. Di sinilah tempatnya…
Habiskan masa di ruang rehat serba luas. Bersantai, menonton atau bermalas-malasan. Gaya interior sederhana, skim warna natural membangkitkan mood cuti seolah-olah berada di kediaman sendiri. Selesa.
Berkeluasan 25 ribu kaki persegi dengan luas binaan 6300 kaki persegi dipagari pelbagai tumbuh-tumbuhan tropika malar hijau yang menyegarkan pandangan.